Soalan Lazim

S. Apakah kandungan yang terdapat di dalam pek permulaan rokok elektronik ini?
J. Pek permulaan ini mengandungi;
  1. 2x bateri boleh di cas semula,
  2. 1x Atomizer,
  3. 1x pengecas dan
  4. 1x katrij isian semula percuma

S. Adalah Rokok Elektronik ini selamat digunakan? 
J. Rokok Elektronik ini mempunyai kelulusan piawai CE dan ROHS. Ia juga telah di pasarkan secara meluas di Amerika, United Kingdom, China dan beberapa negara Eropah dan Timur Tengah yang lain.
S. Adakah wapnya berbau seperti rokok biasa? 
J. Wapnya keluar seperti asap, tetapi ianya tidak berbau. Ia kelihatan seperti kabus (wap air) dan hilang di udara. Cecair nikotin dalam katrij mempunyai sedikit bau mengikut perisa katrij tersebut.
S. Apakah tahap nikotin? 
J. Terdapat 4 tahap nikotin bagi katrij isian semula.
  1. Tinggi
  2. Sederhana
  3. Rendah
  4. Tiada nikotin
S. Berapa lamakah satu-satu katrij isian semula boleh bertahan? 
J. Setiap katrij isian semula adalah hampir sama dengan 20 batang rokok biasa. Apabila tudung katrij dibuka, ia boleh menyejat. Terdapat satu lagi faktor ketahanan katrij iaitu kekerapan menyedut bagi seseorang individu, semakin kerap ia disedut semakin cepat ia akan habis.
S. Bagaimana kita tahu bila perlu menukar katrij? 
J. Apabila rokok elektronik tersebut disedut, tiada wap akan keluar. Jadi sila lihat cecair dalam katrij, ia telah kering dan perlu diisi semula.
S. Perlukah untuk "switch on/off" rokok elektronik ini? 
J. Tidak perlu. Apabila anda menyedut, rokok elektronik ini akan aktif dengan sendirinya.
S. Berapa lama ketahanan bateri? 
J. Jangkahayat bateri juga bergantung kepada tabiat penggunaan. Tetapi secara umumnya, 1 hingga 3 hari dibawah penggunaan biasa. Anda juga diberi 1 bateri simpanan, jadi anda boleh swap saje.
S. Bolehkah rokok elektronik ini membantu saya berhenti merokok? 
J.Tiada jaminan menggunakan alat ini boleh membantu anda berhenti merokok, tetapi ramai telah berjaya berhenti merokok dengan menggunakan alat ini.
S. Apa yang patut saya buat jika rokok elektronik saya tidak berfungsi seperti sepatutnya? 
J. Setiap peralatan elektronik memerlukan penjagaan khusus. Apabila telah lama anda gunakan, atomizer mungkin dipenuhi dengan cecair.
Setiap dua tiga hari, buka skru atomizer dan keringkan semalaman dengan menterbalik kannya. Untuk penjagaan yang lebih baik anda boleh melakukannya setiap malam.
S. Adakah terdapat Jaminan Pembelian/Warranty? 
J. Bateri, Atomizer dan charger adalah dijaminan selama 3 bulan.
S. Dimana nak beli? 
J. Anda boleh dapatkannya disini (lihat halaman tempahan). Setiap pesanan mengambil masa seminggu untuk tempoh penghantaran.